Mon. Dec 5th, 2022

Eh? Netizen Keliru 2 Individu Muka Mirip Haqiem Stopa Hadir Event Permotoran Gegar Anak Johor, Mana 1 Yg Original?

Nama Haqiem Stopa sering menjadi tumpuan oleh netizen di media sosial. Meskipun terpalit beberapa kontroversi sebelum ni, Haqiem Stopa tetap sentiasa mendapat perhatian ramai.

Haqiem Stopa atau nama penuhnya, Muhammad Sadzri Hakim Jaafar merupakan seorang personaliti media sosial yg terkenal dgn content berkonsepkan permotoran.

Pemuda berusia 22 tahun ni juga sering mencuri tumpuan ramai ketika hadir dlm beberapa acara sehingga tular di media sosial selepas dikongsikan ramai.

Menerusi rakaman video pendek ni, terdapat 2 individu lelaki yg kelihatan sgt sama menyebabkan video berkenaan menjadi tumpuan dgn hampir 3 juta tontonan oleh netizen namun rakaman tersebut mengundang rasa keliru org ramai.

Ini kerana, ramai hampir tak dapat meneka yg mana 1 Haqiem Stopa yg sebetulnya. Bukan hanya wajah malah penampilan kedua-dua ni mengundang rasa keliru netizen.

Namun begitu, ada yg memberitahu bahawa individu disamping Haqiem Stopa tu dikenali sebagai Hakimi Stopa. Hantaran video ni bagaimanapun menerima lebih 185,000 tanda suka warganet selain ia tular menjadi perhatian ramai.

“Mana satu yg real??,” ujar pemilik akaun tersebut yg mana bukan hanya dirinya yg merasa keliru malah netizen juga menghujani ruangan komen dgn ribuan reaksi yg ternyata ramai sebenarnya turut keliru utk membuat perbezaan tersebut.

“Yg pegang tongkat tu…”

“Kembar…”

“Ada lagi ahh kembar…”

“Weh kembar ke”

Anda mempunyai penulisan artikel yang ingin dikongsi? Hantar penulisan anda di sini -> https://forms.gle/B7c5NWmgTeewPcPv5

error: Haipp!!!