Mon. Dec 5th, 2022

Izara Aishah Cari Individu Sengaja Lempar Fitnah, Didakwa Ugut Client & Langgar Perjanjian

PELAKON versatil, Izara Aishah meluahkan rasa berang terhadap individu yg didakwa telah memfitnah dirinya berhubung memberi layanan buruk kpd klien.

Individu tersebut meninggalkan komen di salah 1 ciapan Izara yg tak bersetuju segelintir pihak mengkritik wajah anak selebriti, Neelofa.

“Jijik dgn manusia yg caci, kutuk, hina budak. Tu bayi la lahan*t. May you root in h*ll,” tulis Izara.

Baca Juga: Aidid Marcello Kecewa Ramai Hentam Institusi Sekolah Tahfiz, “Sesama Islam Sama Naik Sebarkan Aib Dan…”

Menerusi ciapan tersebut, individu tu mendakwa Izara telah mengugut klien utk memadamkan hantaran di IG & disyaki tak mengikut perjanjian.

“Awak pun sama. Siap ugut client delete posting IG (Instagram) lepas tu tak follow agreement. Tak professional. May you rot in h*ll too?” tulis individu berkenaan beserta emoji muntah.

Tak berdiam diri, aktres Vanila Coklat tu bertindak membalas kenyataan individu berkenaan sekaligus minta tampilkan bukti atas dakwaan tersebut.

“Huh? Fitnah apa kau ni pagi2? Cakap la bagi detail?,” tulisnya.

 

Namun ciapan Izara tu tak diendahkan oleh individu berkenaan.

Masih tak berpuas hati, Izara kemudian memuat naik sebuah ciapan lain yg menjelaskan dia tak pernah membuat perangai dlm industri hiburan seperti didakwa.

“Si b4ngang ni tiba2 nak fitnah pagi2, minta bukti details tak ada. Tak pernah dlm hidup aku buat perangai tak ada class macam ni,” katanya.

Malah, Izara turut dilihat mencari individu berkenaan utk segera menjelaskan perkara tersebut, namun ciapannya tu telahpun dipadam.

“Apasal kau delete?” ujar Izara yg menyebut tweethandle individu tersebut.

Sehingga sekarang, masih tak ada penjelasan atau permohonan maaf drpd individu tu mengenai tuduhannya terhadap selebriti ni.

 

Kredit foto: Xtra, IG Izara Aishah

error: Haipp!!!