Mon. Dec 5th, 2022

Rupanya Ni Sebab Air Zamzam Tak Lagi Payau, Wanita Kongsi Cara Beli Air Zamzam

AIR zamzam merupakan penghulu bagi segala air & sebaik-baik air di atas muka bumi ni. Ramai yg tertanya-tanya bagaimana rakyat & penduduk yg tinggal di Makkah mendapatkan air zamzam.

Melalui perkongsian di TikTok Masnira Ramli yg menetap di Makkah berkongsi pengalamannya membeli air zamzam di kilang air zamzam di sana.

Mungkin ada yg beranggapan penduduk Makkah mengambil air zamzam di masjid seperti yg dilakukan oleh jemaah haji & umrah.

Jelas Masnira, penduduk yg tinggal di sana boleh mendapatkan air zamzam di kilang air zamzam yg terletak di Kudai, Makkah.

Menurutnya, air zamzam yg dibeli ni hanya utk kegunaan peribadi penduduk Makkah je.

Bagaimana cara membeli air zamzam? Berikut adalah langkah yg dikongsikan Masnira:

1. Masukkan nombor pengenalan diri (ID) kerana hanya mereka yg menetap di Makkah & rakyat Arab Saudi je yg boleh membeli air zamzam di kilang air zamzam tu.

2. Bila dah masukkan nombor pengenalan diri (ID), boleh bergerak ke kaunter utk buat pembayaran. Selepas buat pembayaran, bawa resit pembayaran ke tempat pengambilan air zamzam. Jgn lupa ambil troli terlebih dahulu.

3. Bila resit bayaran dah selesai diimbas, air zamzam dalam botol akan keluar dari tempat khas di kilang tersebut. Sgt moden, mudah & praktikal.

4. Air zamzam boleh dibeli pula perlu mengikut jumlah isi rumah. Sebagai contoh, suami Masnira telah mendaftarkan 5 orang isi rumah. Utk sekali pembelian, mereka boleh beli sebanyak 20 botol air zamzam je.

AIR ZAMZAM TAK LAGI RASA PAYAU?

Kenapa air zamzam sekarang rasanya tak payau macam dulu? Mungkin korang pernah merasai pengalaman minum air zamzam yg payau sebelum ni kan?

Tak dapat dinafikan ramai menolak utk minum air zamzam masa tu kerana rasa air zamzam yg payau macam air dari telaga.

Air zamzam sekarang tak lagi rasa payau macam zaman dulu sebab sekarang dah melalui proses penyulingan & penapisan. Menurut Masnira, kilang khas yg menapis air zamzam yg dikunjunginya terletak berhampiran dgn Masjidil Haram.

Air zamzam yg diproses akan dibahagikan kpd 3 bahagian:

1.Kegunaan untuk jemaah di Masjidil Haram.

2. Dipam terus ke kilang air zamzam di Kudai & dibotolkan utk kegunaan rakyat tempatan & semua penduduk yg menetap di Arab Saudi.

3. Dipam terus ke dlm lori tangki & dibawa ke Madinah.

Air zamzam tak boleh dipos ke negara lain, bahkan perbuatan menjual air zamzam menyalahi undang2 kat Arab Saudi.

5 INFO TENTANG AIR ZAMZAM

1. Air zamzam merupakan penawar bagi penyakit. Ini berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya, “Dan penawar bagi penyakit.”

2. Banyak meminum air zamzam merupakan sebahagian daripada tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafik. Orang munafik tidak mempercayai kelebihannya air zamzam.

3. Air zamzam digunakan untuk mencuci hati Nabi SAW. Ini berdasarkan riwayat daripada Abu Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya:

“Maka Jibril AS turun lalu membelah dadaku, kemudian dia (Jibril) mencucinya dengan air zamzam.”

4. Air zamzam merupakan air yang diberkati dan boleh mengenyangkan sesiapa yang meminumnya.

Menerusi hadis daripada Abu Zar R.A bahawasanya Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya air zamzam ialah air yang penuh dengan keberkatan dan mengandungi makanan yang mengenyangkan.”

5. Nama lain bagi air zamzam ialah barrah (kebaikan), madhmunah (yang berharga), taktumu (yang tersembunyi), hazmah Jibril (galian Jibril), syifa’ suqim (ubat penyakit), syarab al-abrar (minuman orang-orang baik), tayyibah (yang baik).

Sumber kredit: Tiktok Masnira Ramli, Maktabah Al-Bakri

error: Haipp!!!