Mon. Dec 5th, 2022

Amerul Affendi Kena Sekolah Balik Dgn A. Aida, ‘Ini Hakikat, Penonton Sendiri Mahu Tengok Mereka Yg Lawa!’

“Kenapa pula nak suruh IPT (Institut Pengajian Tinggi) dalam negara tutup kursus lakonan?”

Demikian persoalan yg dibangkitkan semula penerbit terkenal, Datuk A Aida yg ditujukan kpd pelakon, Amerul Affendi.

Kenyataan tu susulan Amerul membuat ciapan di Twitter yg menyindir Aida yg juga Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) selepas kenyataannya yg mahukan watak utama atau hero dlm drama terbitan syarikatnya memiliki kriteria kacak, sado & muda.

Menurut Aida, apa yg diperkatakan tu adalah relevan & digunapakai oleh hampir semua penerbit dlm negara termasuk di luar negara.

“Sejak dulu lagi, watak utama iaitu hero & heroin memang kena ada rupa paras menarik & muda.

“Begitu juga sekarang. Cuma bezanya, apabila mereka dah berusia & bukan lagi remaja, kita kena cari pelapis baharu pula. Begitulah seterusnya.

“Nampaknya ramai yg masih kurang faham. Mereka hanya ambil pendekatan terus mengkritik kenyataan saya. Apa yg dimaksudkan adalah utk watak utama.

“Tu kriteria yg saya tetapkan, tapi byk lagi watak lain yg saya tak kisah pun rupa paras, janji berbakat & pandai berlakon saya akan ambil.

“Sekali lagi ditegaskan, pemilihan watak tu disesuaikan dgn jalan cerita.

“Kalau naskhah tu watak utama memerlukan pelakon yg tiada rupa, takkan saya nak ‘hodohkan’ pelakon yg sedia kacak. Nanti penonton bising juga.

“Jadi, kita buat ikut kehendak skrip tu,” katanya.

Menurut Aida, dia tak pernah mengabaikan soal kualiti terutama dari segi lakonan setiap pelakon.

“Saya menggabungkan artis baharu yg kacak, ‘sado’ & cantik dgn pelakon hebat lain agar mereka dapat menimba ilmu & meminta tunjuk ajar. Tu cara saya utk mencari pelapis yg baharu.

“Saya pun taklah hilang akal sampai nak merosakkan karya terbitan sendiri. Dari pengarah, penulis skrip & semua yg terbabit saya menggunakan khidmat mereka yg terbaik.

“Tu cara saya menghargai naskhah tu. Terbukti, hasilnya juga bagus hingga menjadi trending, tular & jumlah penonton tinggi.

“Ini hakikat & realiti yg perlu diterima semua org. Penonton sendiri mahu melihat mereka yg lawa.

“Tapi, sekali lagi ditegaskan, semua tu bergantung kpd jalan cerita. Lain org, lain pendekatannya dlm menerbitkan sesebuah karya,” katanya.

Ciapan Amirul tu diulang kicau lebih 600 & memperoleh lebih 700 tanda suka.

“Jadi eloklah semua IPTA & IPTS di seluruh Malaysia menamatkan semua kursus lakonan yg ada. Tak baik ‘scam’ bakal pelajar yg bersungguh-sungguh berhabis duit mencari ilmu.

“Kerana bila Ahli Lembaga Pengarah Finas dah keluar kenyataan begini dah tentu ramai yg ikut kan?” tulisnya.

Ciapan Amirul turut mendapat perhatian netizen yg rata-rata melabel A.Aida sbg per0sak industri lakonan krn mementingkan wajah berbanding bakat.

error: Haipp!!!