Tue. Dec 6th, 2022

Baru Je Cerai, Ni Luahan Suami Sharifah Sakinah & Akhirnya Dedahkan Punca Sebenar Mereka Bercerai

“Apa yg akan berlaku pada masa mendatang, saya masih tak tahu tetapi semoga ianya memberi kebaikan utk kita semua, Insya-Allah,”

Tulah kata2 suami kpd pelakon Sharifah Sakinah iaitu Michael Hansen mengenai keputusan berpisah yg dibuat secara profesional & harmoni oleh kedua-dua belah pihak.

Michael ketika dihubungi berkata, memandangkan kedua-duanya mempunyai komitmen & tanggungjawab yg berat di negara masing2, mereka akhirnya mencapai kata sepakat utk menoktahkan hubungan yg dibina.

“Sakinah mempunyai Anais (anak hasil perkahwinan pertama) & kerjaya yg hebat di Malaysia, manakala saya memiliki 2 cahaya mata & perlu bekerja di Sweden. Jadi, agak sukar utk kami berdua bergerak ke mana2.

“Keputusan utk menamatkan perkahwinan ni dibuat secara bersama selepas melalui hasil perbincangan & dipersetujui oleh kami berdua.

“Kami percaya ni adalah tindakan yg terbaik ketika ni supaya kami boleh fokus dgn perkara yg penting iaitu anak2 serta keluarga masing2.

“Apapun, kami masih kekal sbg kawan baik & semuanya baik2 saja.

“Sakinah adalah wanita yg berbakat, lucu, berkarisma & berhati mulia.

“Saya tak mengharapkan apa2 selain mendoakan kebahagiaan & yg terbaik utk dirinya,” katanya.

Menurut Michael, dia mengaku terdapat sedikit ‘drama’ yg berlaku ketika mereka memilih utk berpisah secara baik.

“Saya boleh sahkan mengenai apa yg Sakinah kongsikan iaitu kami mengambil keputusan utk bercer4i. Bagaimanapun terdapat sikit drama mengenai keputusan yg dibuat.

“Hubungan jarak jauh adalah sukar & menuntut usaha yg lebih keras. Walaupun anda berada di negara yg sama tetapi berbeza bandar, ia masih sukar.

“Jadi bayangkan perbezaan waktu kami iaitu 6 hingga 7 jam & masa perjalanan 17 jam utk kami bertemu, maka ia sgt sukar.

“Tak kira berapa byk anda mencuba & berusaha keras, kadang2 ia dah tak boleh diselamatkan,” katanya.

Terdahulu, Sakinah mengesahkan bakal bercer4i dgn Michael selepas 3 tahun mendirikan rumahtangga.

Februari lalu, Sakinah membuat kejutan apabila mengumumkan sah bergelar suami isteri selepas setahun menjalinkan hubungan dgn Michael.

Sakinah bagaimanapun tak mendedahkan tarikh & butiran pernikahan.

Sebelum ni, Sakinah yg juga adik kpd pelakon & pengacara, Sharifah Haslinda serta Sharifah Shahirah tu pernah mendirikan rumahtangga dgn juruterbang, Aliff Adha pada 2015, namun berpisah pada Mei 2020.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ni dikurniakan anak perempuan, Anais Adha, 5.

error: Haipp!!!