Tue. Dec 6th, 2022

“Perlu ke ada tarian mcm ni..”- Aksi Sweet Qismina Menari Masa Majlis Kahwin Ditegur Peminat

Sweet Qismina & Adam Lee yg menjalinkan hubungan mesra selama 3 tahun sah bergelar suami isteri pada pagi Isnin di The Boathouse, Ampang.

Namun, di sebalik kemeriahan majlis perkahwinan mereka, terdapat segelintir netizen yg menegur aksi tarian pelakon yg berusia 25 tahun tu.

Video di bawah sekali…

Menerusi video yg dimuat naik oleh seorang individu (@piyaasoff) di aplikasi Tiktok, Sweet sdg menari bersama dgn beberapa org lain di majlis perkahwinannya yg dihadiri oleh keluarga & rakan2.

Walau bagaimanapun, aksi pelakon Adam Chempaka tu mengundang pelbagai reaksi & tanggapan daripada para netizen. Terdapat segelintir netizen yg menganggap majlis perkahwinan yg penuh adat tu seharusnya diraikan dlm suasana ketimuran.

Netizen mempersoalkan

Utk rekod, Pelakon Adam Lee memilih tarikh pernikahannya dengan pasangannya Sweet Qismina sempena tarikh lahir Sweet. Adam, 28, atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee berkata, pemilihan tarikh 24 Oktober sempena dia mengambil alih tanggungjawab menjadi ketua keluarga dlm hidup Sweet.

“Alasan kenapa saya memilih 24 Oktober sebab tarikh ni adalah hari Sweet dilahirkan & pada hari ni juga saya mengambil tanggungjawab sebagai suami. Besar tanggungjawab saya, tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya,” katanya.

Menurut Adam, sepanjang 4 tahun mereka bercinta, apa yg diterapkan adalah kejujuran dlm perhubungan.

“Apa yg penting dlm sesebuah perhubungan adalah kena jujur. Jgn sesekali tipu pasangan. Sbg contoh, kalau saya ada menipu mungkin kami belum sampai tahap ni,” katanya.

Sementara itu, Sweet, 25, atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi berkata, mereka mengambil masa 4 tahun sebelum memutuskan utk berkahwin kerana mahu menamatkan pengajian.

“Sewaktu kami mula berkenalan, saya masih belajar iaitu di tahun akhir. Mak saya tak ada masalah utk kami berkawan, tapi dgn syarat saya kena habiskan belajar.

“Alhamdulillah, sepanjang tempoh tu perhubungan kami dipermudahkan. Tak ada istilah ‘on off’. Malah, tahun pertama kenal, kami dah hebahkan di media sosial.

“Mungkin sebab tu ramai mendoakan kami kekal ke jenjang pelamin. Allah makbulkan sampai sekarang,” katanya.

Terdahulu, pasangan tu selamat bernikah dgn sekali lafaz di sebuah lokasi acara di Ampang, di sini, jam 10.40 pagi.

Pasangan tu dinikahkan abang pengantin perempuan, Fahed Ashraf Supandi dgn disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Gombak, Selangor, Mohamad Khairin Hussein. Pada majlis itu, Sweet menerima mas kahwin RM2,410.97 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan serta 7 dulang hantaran berbalas 5 daripada pihak Sweet.

Video:

error: Haipp!!!