Mon. Dec 5th, 2022

Tajul Memang Jatuh Terduduk, Nekad Guna Wang Simpanan, “Saya Tak Ada Tawaran Kerja, Apa Pun Tak Ada”

Penyanyi Tajul, 24, pernah ambil risiko gunakan wang simpanan terakhirnya sebagai modal membuka perniagaan bersama isterinya Nurul Shamieza Eddie, 26, sebagai jalan terakhir jana pendapatan tak lama dulu.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari berkata, ketika tu dia memang nekad cuba nasib kerana enggan membiarkan isterinya jatuh susah hidup bersamanya.

“Saya pernah jatuh paling susah saya rasa dlm hidup hampir setahun lebih selepas berkahwin. Nama saya senyap dlm tempoh tu.

“Saya tak ada tawaran kerja, tak ada reviu, memang apa pun tak ada.

“Ketika tu, kami memang sedih sebab baharu berkahwin & bakal ada anak. Diuji pula dgn ujian begitu kemudian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), memang saya ‘terduduklah’.

“Isteri nekad mulakan perniagaan & saya pun bagi satu-satunya simpanan terakhir saya. Kalau tak buat, simpanan tu pasti dibazirkan.

“Saya nekad jadikan ia modal & alhamdulillah perniagaan tu menjadi sampai sekarang bertahan,” katanya.

Berdepan ujian tu ketika di awal fasa perkahwinannya, penyanyi lagu Tragedi Cinta Itu tak sampai hati emosi isterinya turut terganggu.

“Saya pun faham dia mesti sedih, tambah pula emosi wanita mengandung, pasti dia terfikir bagaimana nak teruskan hidup bersama saya,” katanya yg ditemui pada sidang media pratonton siri lakonannya Sorry Naik Lori terbitan iQIYI, semalam.

Dlm siri arahan Aidilfitri Mohamed Yunus tu, Tajul turut bergandingan dgn Nazim Othman, Ruhainies, Sheila Mambo, Nafiz Muaz, & Asha Zainul.

Siri sebanyak 15 episod terbabit akan ditayangkan bermula 4 November ni secara eksklusif di aplikasi iQIYI & iQIY1 International bersama episod baharu yg akan disiarkan setiap Jumaat & Sabtu.

Kenali siapa Tajul

Nama penuh Tajul Ariff Noor bin Md Shari dilahirkan pada 1 April 1998 di Felda Sendayan, Negeri Sembilan & merupakan penyanyi di bawah Syarikat rakaman FMC Music.

Berikut adalah fakta menarik Tajul;

1) Tajul merupakan adik penyanyi Achik Spin, Arwis Spin, Khalis Real Spin & Beby Acha.

2) Anak bongsu daripada 10 adik-beradik.

3) Pernah bergelar penyanyi nasyid bagi kumpulan Akhdan yg memperjuangkan lagu berkonsepkan kerohanian & alunan zikir. Turut sama dianggotai Mohd. Haizudin Hazad Nazri, Mohd. Zuhair Zakaria & Mohd. Azrul Amri, serta berada di bawah label Hijjaz Records.

4) Mula popular sewaktu bernaung di bawah syarikat rakaman FMC Music menerusi single solo pertamanya, Sedalam-Dalam Rindu pada tahun 2016, diikuti Melamar Rindu (2017), Hasrita (2018) & Kembalilah Rindu (2018).

5) Video muzik Sedalam-Dalam Rindu kini meraih lebih 27 juta tontonan di laman Youtube.

6) Pada Ogos 2018, Tajul menyertai program realiti terbaru Astro, ‘Big Stage’ yg merupakan pertandingan nyanyian di kalangan penyanyi muda. Turut serta ialah Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Andi Bernadee, Afieq Shazwan, Fara Hezel, Sissy Imann, Sarah Suhairi, Baby Shima & Wani Kayrie. Bagaimanapun nasib tak menyebelahinya apabila tersingkir di minggu kelima.

7) Tajul berkahwin dgn Nur Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017 & dikurniakan 2 orang cahaya mata, Adriana Carissa & Adrian Rifqy.

error: Haipp!!!