Tue. Dec 6th, 2022

“Saya tengah susah, ambil la saya berlakon” – Pelakon Melia Aimelia Jaga Bapa Sakit, Hidup Dgn Bantuan Baitulmal

TIADA pendapatan tetap & hanya berharap bantuan drpd badan kebajikan, pelakon Melia Aimelia berharap kembali menerima tawaran lakonan bagi menyara kehidupannya sekeluarga.

Melia atau nama sebenarnya Noor Amelia Zaidi, 28, berkata, keputusan memperlahankan karier seni pada tahun 2012 kerana menjaga bapanya yg sakit menyebabkan ramai menyangka dia dah mengundurkan diri drpd industri lakonan.

“Selepas tahun tu saya ada menerima tawaran tapi terpaksa tolak sebab keadaan ayah yg tak sihat & semakin teruk pada tahun 2020.

Melia sedih ketika berkongsikan kisah hidupnya saat ni.

“Ayah terpaksa menjalani pembedahan sebanyak 4 kali, sebabkan nak jaga ayah, saya ambil keputusan utk tinggal di rumah sahaja & tak menerima tawaran berlakon.

“Sejak tulah ramai menyangka saya terus mengilangkan diri, ada juga yg masih ingat & bertanya keadaan saya,” katanya.

Melia berkongsi mengenai kehidupan terkininya tu semasa menerima kunjungan media di kediamannya terletak di Setapak, Kuala Lumpur pada Khamis.

Gara2 tak ada sumber pendapatan, Melia berkata dia sekarang bergantung bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) & ihsan orang ramai.

Enggan lagi terus meminta-minta, pelakon yg pernah membintangi filem Karipap Karipap Cinta ni berharap ada pihak sudi menawarkan peluang berlakon agar dia boleh menyara keluarga.

“Saya tak mempunyai sumber pendapatan pada saat ni kerana tak bekerja & hanya mengharapkan sumbangan drpd ihsan orang ramai & pihak Baitumal.

“Kalau ada rezeki saya dlm industri seni ni Insya Allah… jika tak ada, tak apa mungkin belum rezeki saya!

“Mungkin ada sesetengah pihak berfikir saya ada masalah attitude sebab selalu tolak tawaran lakonan tapi sebenarnya saya yg dah tak tahu rentak industri sekarang ni

“Cumanya utk sekarang ni memang keutamaan saya adalah bidang lakonan sbg sumber pendapatan yg tetap,” ujarnya.

Dlm pada tu, Melia memberitahu tujuannya berkongsi mengenai kesempitan hidupnya kerana enggan dipandang serong oleh masyarakat kononnya dia hanya menagih simpati & bantuan semata-mata.

Malah, dia berharap liputan mengenai kehidupan terkininya ni sedikit sebanyak membuka kembali ruang utknya menerima tawaran lakonan.

Melia mula mencipta nama menerusi filem Karipap Karipap Cinta pada tahun 2012.

“Sekurang-kurangnya apabila keluar berita mengenai saya ni dapatkan membantu menguar-uarkan kpd produksi & orang ramai mengenai keberadaan saya.

“Saya dah bersedia utk kembali menerima tawaran lakonan demi menyara kehidupan keluarga,” katanya.

Utk rekod, bapa Melia yg dikenali sebagai Zaidi disahkan menghidap k4nser & jangkitan tu merebak di beberapa bahagian org4n lain termasuklah p4ru-p4ru & selaput otak.

Tahap kesihatan bapanya tu semakin merosot sejak tahun 2020 & masih dlm pemantauan d0ktor.

Kini, Melia tinggal bersama ibu bapanya serta seorang adik di pangsapuri program perumahan rakyat (PPR).

error: Haipp!!!