Tue. Dec 6th, 2022

“Bagi saya, duit boleh dicari. Momen macam ni tak boleh dibeli” Momen Nenek Masuk ‘Perangkap’ Anak & Cucu Buat Ramai Terharu

SETIAP orang semestinya ada cara tersendiri utk membalas jasa individu yg byk berkorban dlm hidup kita. Selain berbakti semula kpd mereka, pemberian hadiah juga mampu mengukir senyuman di wajah insan tersayang.

Begitulah yg dilakukan Siti A’thiyatullah, 23, apabila menghadiahkan sebentuk cincin emas kpd neneknya, Che Anas, 78, yg dipanggil ‘mek’ pada 27 Oktober lalu.

Bercerita kpd Netizen Malaya, gadis yg senang disapa Tia ni berkata dia terhutang budi dgn nenek yg membesarkannya sejak berusia 2 tahun.

“Dah lama saya pasang niat nak hadiahkan nenek emas. Selalunya saya bagi duit tapi kali ni berbeza sebab saya ada rezeki lebih sikit.

“Sebenarnya saya dgn nenek sgt rapat selepas umi (ibu) tinggalkan saya dekat mek ketika berusia 2 tahun. Umi buat macam tu sebab dia tengah sambung pengajian di Mesir.

“Jadi neneklah yg jaga dari kecil sampailah ibu bapa saya tamat pengajian & bekerja.

“Disebabkan nenek yg membesarkan saya, jadi saya pun bercadang nak hadiahkan cincin dekat dia. Tapi saya nak berikan hadiah tu dlm bentuk kejutan jadi saya & umi berpakat,” ujar Tia.

Bercerita lanjut mengenai kejutan yg dibuat, cincin tersebut diberikan ketika nenek berkunjung ke rumah mereka.

Tia dijaga oleh neneknya sejak berusia 2 tahun.

Jelas Tia yg menetap di Pasir Mas, Kelantan, pada mulanya ibunya berpura-pura mahu meminta cincin lama kepunyaan nenek utk dikilatkan di kedai emas.

“Rumah nenek dgn saya bersebelahan saja. Nenek selalu dtg rumah kami. Jadi pagi tu dia saja dtg berjalan. Umi saja bergurau cakap dekat mek batu permata cincin lama tercabut jadi nak minta kedai cucikan atau beli yg baharu. Nenek hanya tersenyum saja.

“Umi ambil cincin tu sebab alang2 nak keluar ke bandar pagi tu. Nenek tak tahu lagi fasal tujuan kami minta ‘pinjam’ cincin tu. Kami pun belikan cincin baharu dgn ukur saiz mengikut ukuran cincin lama mek.

“Waktu tengah hari tu nenek dtg lagi sekali dekat rumah sebab nak ambil cincin lama dia. Waktu tulah kami berikan dia cincin baharu. Masa berikan hadiah tulah saya rakam reaksi nenek,” ujarnya.

Menerusi video yg tular di TikTok, jelas kelihatan wajah neneknya terkedu & terharu menerima hadiah diberikan cucunya tu.

Enggan berkongsi nilai cincin berkenaan, Tia bersyukur kerana mampu memberikan hadiah tersebut setelah berjaya mengusahakan perniagaan sendiri.

Tia mempunyai hubungan yg rapat dgn nenek

“Mek nampak terkejut masa buka box cincin baharu tu. Boleh nampak dia sebak & terharu lepas tengok cincin saya berikan tu. Nenek nampak mcm nak menangis masa dapat tahu saya yg berikan.

“Mungkin sebab dia fikir cucu yg jaga dari kecil sudah besar sekarang lepas tu boleh bagi benda2 macam tu. Apa yg saya kecapi hari ni pun berkat doa drpd mek juga.

“Bagi saya, duit boleh dicari. Momen macam ni tak boleh dibeli. Tia buat bisnes online ni untuk bahagiakan orang sekeliling dulu termasuklah parents dan mek,” ujar Tia lagi.

error: Haipp!!!