Mon. Dec 5th, 2022

Tular Wanita Hantar Makanan Gendong Anak 0KU Jentik Hati Netizen, Sekali Ebit Lew Bagi Hadiah Yg Sungguh Bermakna

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew menghadiahkan sebuah kereta buat ibu tunggal Azimah Abd. Rahim, 37, yg tular kerja sebagai penghantar makanan sambil mengendong anaknya yg merupakan orang kelainan upaya (0KU) but4.

Ebit berkata, melihat keadaan Azimah, turut membuatkan beliau sebak & sayu ketika menziarahinya di rumahnya hari ni.

“Menangis akak terharu dlm kereta sambil peluk anaknya. Tak sangka dapat rezeki begini. Kuatnya seorang ibu demi membesarkan anak dgn kerja menghantar makanan.

“Hari ini kami hadiahkan sebuah kereta supaya akak ni boleh kerja menghantar barang dan makanan menggunakan kereta,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Selain itu, Ebit memberitahu, dia dan pasukannya juga telah mencarikan sebuah rumah tahun lalu untuk Azimah termasuk menyediakan bayaran sewa bulanan sehingga kini.

“Kami cuba bantu nak carikan pengasuh, tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tak dapat menjaganya kerana memelukan perhatian 24 jam daripada ibunya.

“Menangis bila jumpa akak ni. Katanya dari arwah maknya ingin jumpa saya. Setiap hari doakan saya,” ujarnya.

Terdahulu, kisah Azimah kembali mendapat perhatian selepas gambarnya menaiki motosikal bersama anaknya Nurainul Zahirah Rashidi, 6 dimuat naik hari ni.

Januari lalu, SinarPlus melaporkan Azimah menerima sebuah rumah sewa daripada Ebit berserta kelengkapan kediaman seperti perabot, perkakas elektrik & pakaian.

Netizen menitipkan doa agar Azimah & permata hatinya tu & mengucapkan terima kasih buat Ebit Lew yg prihatin serta pantas menghulurkan bantuan.

“Terima kasih Ebit Lew, moga terus kuat untuk membantu mereka yang memerlukan, dalam hidup kita di dunia ini, kita kena banyak bergaul, berkawan dengan orang susah supaya kita lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki pada hari ini. Moga Azimah juga terus kuat untuk cari rezeki untuk sara keluarga.”

“Masya-ALLAH seperti biasa Ebit terpantas membantu, moga jadi asbab kebaikan hidayah seluruh alam.”

“Terima kasih UEL Alhamdulillah laju bantuan diberikan. Baru tengok tadi ditularkan fasal kakak ini.”

“Berderai air mataku.”

“Alhamdulillah, terima kasih ustaz.”

error: Haipp!!!